KS2KM
October 01, 2017Assalamualaikum..
hari ini izzati nak cerita tentang karnival sukan kolej keris mas (KS2KM) yang baru saja berlangsung pada 29 & 30 September 2017.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun izzati tidak memasuki apa apa pertandingan.. tapi izzati tetap bersemangat kesukanan.. izzati tetap turun padang untuk menyokong ahli kumpulan yang bertanding.. ohh lupa.. izzati rumah hijau ye,, hehe..
walaupun rumah hijau tidak memenangi johan keseluruhan.. tapi rumah hijau mendapat johan dalam 3 kategori kalau tak silap izzati.. 😅 izzati bangga dengan rakan rakan izzati.. izzati minta maaf sangat sangat sebab izzati tidak dapat memberi sumbangan kerana izzati perlu memberi komitmen dalam benda lain.. hehe.. macam sibuk sangat je bunyinya kan.. hahaha..
karnival sukan ni buat izzati teringat balik zaman sekolah.. sebab kat matrik tak ada rumah sukan.. memang meriah sangat dengan cheers rumah sukan masing masing.. semua nak bagi sokongan dekat ahli rumah sukan yang sedang bertanding.. suasana tu membuatkan izzati lagi bersemangat nak sokong rumah hijau walaupun tengah terik panas.. kulit pun dah jadi hitam sikit.. haihh sabar je la mampu..
tujuan karnival sukan ni diadakan kalau tak silap izzati adalah untuk mencari calon calon yang layak mewakili KKM dalam SUKEM yang akan datang.. harapnya nanti KKM boleh mendapat johan keseluruhan.. hidup KKM.. hehe..
okay sampai sini dulu.. assalamualaikum..
0 comments