HARI MALAYSIA
September 19, 2017Assalamualaikum,,
semalam izzati buat persembahan untuk hari malaysia merangkap pertandingan dengan setiap kolej di UKM termasuk UKM di cheras.. walaupun kiteorang berlatih saat akhir dalam 3 / 4 hari je.. tapi hasil dia alhamdulillah menarik.. masa latihan.. tak payah cakap la memang selalu kena marah sebab bukan semua antara kami pandai menari.. ada yang masuk kerana minat..
hari pertama izzati pergi latihan adalah hari kedua untuk sesetengah orang yang lain.. izzati cuba untuk ingat setiap langkah yang orang lain dah belajar masa hari pertama latihan.. alhamdulillah semua banyak sangat membantu tanpa jemu.. tapi setelah berlatih dan izzati hafal setiap langkah.. tiba tiba kak asoi tukar pulak langkah nya.. kak asoi ni orang yang mengajar kami menari.. tapi apakan daya.. izzati ikutkan aje.. boleh dikatakan kak asoi tukar setiap langkah.. kiranya izzati belajar balik dari mula..
masa hari ketiga,, abang ajaz datang untuk tengok hasil latihan kami.. kerana koreografi kami adalah hasil daripada dia.. abang ajaz banyak marah kami kerana tidak memegang props dengan betul.. kami berlatih berulang kali di hadapan abang ajaz sampai la abang ajaz berpuas hati.. dan alhamdulillah akhirnya abang ajaz tersenyum melihat hasilnya..
pada hari persembahan abang ajaz dah tak marah kami lagi.. abang ajaz senyum dan banyak memberikan kata kata sokongan kepada kami.. walaupun kolej kami tak menang.. tapi pengalaman itu sangat berharga bagi izzati.. kalah menang adat pertandingan.. walaupun izzati agak kecewa.. tapi tetap kena terima kenyataan.. ohh lupa nak bagitau.. izzati kumpulan sokongan je bukan kumpulan utama.. hehe..
bye.. assalamualaikum..
0 comments