PILIHAN RAYA KAMPUS
September 14, 2017Assalamualaikum,, semua sihat??
Hari ini izzati nak cerita tentang PRK di UKM.. Pada malam rabu 13/9/2017 kami pelajar tahun satu di KKM diminta untuk berkumpul di dewan KKM untuk mendengarkan satu taklimat.. tepat jam 10 malam izzati pun sampai ke dewan KKM.. Apakah tujuan taklimat itu??
hmmmm... taklimat itu dibuat untuk memperkenalkan ASPRIRASI kepada kami pelajar tahun 1.. kami mendengar cerita daripada mantan presiden tak silap saya,, abang tu cerita sepanjang 3 tahun aspirasi pegang jawatan apa yang telah mereka lakukan dan apa sumbangan mereka kepada mahasiswa dan mahasiswi.. selain itu,, abang tu juga ada cerita tentang pihak yang lagi sebelah.. tetapi izzati tak nak la komen apa apa.. sebab izzati baru dengar cerita sebelah pihak.. untuk menjadi adil kita kena dengar cerita dua dua belah pihak kan.. hehe.. dan taklimat bersurai pada jam 12 malam..
keesokkan harinya adalah hari penamaan calon,, kami berkumpul pada jam 6.30 pagi di cafe KKM.. kemudian kami bergerak untuk berkumpul dengan kolej kolej lain di hadapan KRK.. pada jam 8 pagi mungkin,, kami berarak ke pusanika.. keadaan di pusanika lebih kurang seperti keadaan ketika Perang Dectar pada malam akhir MMM.. sangat meriah.. di pusanika berkumpulnya semua kolej dan ikon masing masing..
pada jam 11 pagi,, saya masuk ke dk 2 kerana saya ada kelas.. pensyarah baru sahaja mengajar dalam 15 minit mungkin,, tiba tiba ada seorang ikon masuk dan meminta kebenaran daripada pensyarah untuk membuat manifesto.. rupa rupanya ikon tersebut bergerak bebas dibawah PMFEP rasanya lah.. hehe.. setelah itu kelas pun berjalan seperti biasa..
pengundian akan dijalankan pada 19/9/2017.. nanti izzati ceritakan pengalaman izzati mengundi pulak ye.. sekian,, assalamualaikum..
0 comments