PENGALAMAN BALIK SENDIRI
September 22, 2017Assalamualaikum,, selamat pagi semua,,
masa izzati tulis blog ni izzati dah ada kat rumah.. hehe.. sambil menulis sambil makan sarapan yang dibuat oleh ibu tercinta.. bahagianya hidupkan.. 😄
setelah beberapa minggu duduk di ukm.. terasa rindu nak balik rumah.. sebenarnya rancang nak balik minggu lepas tapi ada latihan jadi tak dapat balik.. masatu mampu bersabar je la.. baru je masuk ukm tapi dah terasa kesibukan kehidupan di ukm.. sebab nak aktif di kolej di fakulti lagi.. tapi izzati suka dengan kehidupan tu.. dapat bergaul dengan lebih ramai orang..
izzati balik dengan 4 orang kawan.. kami naik bas zone 6 untuk ke ktm.. sampai di ktm kami berpecah sebab seorang nak ke klang (yang ni kawan baik izzati maka berpisah la kami.. hehe..) dan yang selebihnya nak ke seremban.. sampai di terminal seremban kami berpecah lagi seorang nak ke pasir gudang, johor dan selebihnya nak ke pilah dan bahau.. izzati nak ke pilah,, asyikin nak ke bahau,, jadi kami menaiki bas yang sama.. semasa menunggu ketibaan bas,, asyikin pesan sentiasa dengan dia jangan berpecah dia takut nanti izzati tertinggal.. almaklumlah izzati ni lambat orangnya terkedek kedek sikit.. hehe.. ketika nak naik bas pulak.. dia pegang tangan izzati takut nanti dia dah naik izzati tak naik pulak.. hehe.. terasa dijaga sangat.. terima kasih kawan..
akhirnya izzati sampai di rumah dalam pukul 8.45 malam.. balik je terus makan.. lapar sangat sebab tak sempat nak makan sebelum balik.. lepastu bersihkan diri, solat dan terus tidur.. hehe.. keletihan yang terlampau..
assalamualaikum,, bye,, jumpa di post akan datang,,
0 comments