KIPMALL

September 11, 2017

Assalamualaikum,,
Hari ahad yang lepas izzati pergi jalan jalan dengan kawan kawan di Kipmall.. Semua orang kebosanan duduk kat dalam UKM jadi kami bercadang nak pergi berjalan di luar UKM.. Kami pergi bertujuh.. 6 perempuan 1 lelaki.. Kami pergi Kipmall dengan menaiki Uber..

Setelah sampai kami berjalan jalan di setiap aras.. Ada di antara kami ingin membeli buku dan baju..
Setelah membeli barang yang diinginkan.. Kami mencari tempat untuk makan.. Akhirnya kami menjejakkan kaki di Pizza Hut.. Setelah kenyang,, kami singgah di KFC pulak.. Kerana ada yang ingin bungkus untuk makan untuk makan malam..

Selepas itu,, kami balik juga dengan menaiki Uber.. Pemandu Uber kali ini ialah seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 50-an.. Tiba tiba pakcik tu tanya siapa pernah belajar silat.. hanya seorang antara kami yang pernah belajar silat.. kemudian pakcik tu cakap kebanyakan seni mempertahankan diri, nyanyian dan tarian tak elok untuk dipelajari.. ketika itu izzati rasa terkejut la jugak.. sebab izzati suka nyanyian dan pernah membuat persembahan tarian.. pakcik tu kata benda tu semua kebanyakan semua ada kaitan dengan jin.. tapi pada pandangan izzati mungkin kita kena pandai pilih.. bukan semua jenis tarian dan nyanyian melibatkan benda benda tahyul tu.. jadi tiada salah nya izzati nak nyanyi.. itu pandangan izzati la.. setiap orang ada pandangan yang berbeza kan..

Kemudian sampailah kami di kolej.. Penat la sikit sebab pergi jalan jalan kan.. malam tu kul 8.30 izzati ada latihan lagi.. tapi apa apa pun ia adalah hari yang menyeronokan..

Sehingga berjumpa lagi,, assalamualaikum..

You Might Also Like

0 comments