MALAM SEHATI SEJIWA
September 14, 2017Assalamualaikum,, hai semua..
Hari ini izzati nak cerita tentang persembahan pertama izzati di KKM.. Bermula dengan izzati memasuki kelab kebudayaan KKM.. Di bawah kelab kebudayaan KKM terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pawana mas,, sanggar mas dan suara mas.. izzati berada di bawah suara mas iaitu bahagian nyanyian..
Pada hari pertama latihan kami diberitahu bahawa kami akan membuat persembahan untuk malam sehati sejiwa.. kami tertanya tanya persembahan apa yang akan kami lakukan kerana kami sekumpulan.. maka abang senior memberitahu kami akan membuat persembahan koir.. kebanyakan antara kami agak terkejut dan ada diantara kami seperti tidak suka akan idea tersebut.. izzati okay je sebab izzati memang pasukan koir ketika di sekolah.. hehe..
Setelah berlatih beberapa hari,, Setelah beberapa kali tukar cara nyanyian,, akhirnya hari yang dinanti telah tiba.. semua orang berdebar debar takut nanti tersalah nyanyi.. hehe.. persembahan dibuat pada malam selasa 12/9/2017.. Alhamdulillah,, persembahan dibuat dengan jayanya.. ecewahh,, hehe.. boleh la.. tak ada pun orang yang salah nyanyi.. semua okay je.. terlepas satu beban.. hehe..
Okay la sampai sini je.. In shaa allah kalau izzati ada buat persembahan lain nanti izzati kongsi lagi dekat sini.. Assalamualaikum..
0 comments