UKM

September 07, 2017

Assalamualaikum,,
Alhamdulillah izzati diberi rezeki untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun UKM adalah pilihan kedua tetapi izzati tetap bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang izzati minat. Ayah juga ada cakap kita membuat perancangan tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik mungkin ada hikmahnya izzati dapat masuk UKM. Mungkin salah satu hikmah dia,, kawab baik izzati dapat UKM jugak boleh la selalu jumpa.. hehe.. Gembira sangat bila tahu izzati dapat satu U dengan dia.. Bahagia gitu..


Maka pada 26/8/2017 izzati pun mendaftar di UKM. Lepas mendaftar dan kemas barang barang ibu ayah pun balik. Bermulalah hidup berdikari di UKM. Hehe.. Sepanjang hari di dalam bilik izzati menunggu kawan bilik yang tak kunjung tiba. Sampailah tibanya masa untuk MMM.. Izzati baru je nak keluar bilik tiba tiba ada orang ketuk pintu dan apabila izzati buka kawan bilik izzati dah sampai. Tetapi kami tak sempat beramah mesra sebab izzati dah kena turun untuk MMM. Dari cara percakapan mereka sekeluarga,, izzati ingatkan dia orang terengganu tetapi apabila dah kenal dia orang nogori rupanya sama dengan izzati.. yeay kita ada geng!! 


Sepanjang 4 hari menjalani MMM,, apa yang izzati dapat?? Mestilah dapat kawan baru kan.. Yang paling teruja kawan izzati tu berasal dari sabah. Sepanjang bercakap dengan dia izzati suka tiru cara dia bercakap tetapi dia cakap cara izzati cakap macam indon.. hahaha.. Sabar je la.. lepastu ada kawan dari kedah.. tapy dia bercakap tak ada loghat kedah jadi izzati tak perasan sangat yang dia tu orang kedah. hehe.. Dan ramai la kawan kawan yang lain.. setiap aktiviti yang izzati buat mesti jumpa kawan yang baru.. Seronok!! Apa lagi yang izzati dapat?? hmm.. dapat menjalani aktiviti yang berbeza yang izzati tak pernah buat di sekolah ataupun matrikulasi.. Akak Akak dan Abang Abang PC pun baik je.. Dan banyak membantu.. Aktiviti yang paling best ialah Perang Dectar.. hahaha.. Walaupun kolej izzati balik awal.. tetapi pengalaman yang izzati dapat tu sangat berharga..


Akhir sekali,, doakan la izzati mampu untuk menghabiskan pengajian izzati di UKM dengan cemerlang dan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.. Harapan izzati ialah izzati dapat masuk dalam kelompok dekan untuk setiap sem.. 

You Might Also Like

0 comments