KONSERT SOUNDTRACK IPPO HAFIZ 2017

October 09, 2017

Assalamualaikum,, semua sihat?? Seminggu tinggalkan blog.. rindu izzati tak?? Hahaha.. acah acah blogger popular pulak.. hehe.. jadi hari ni izzati akan masukkan 2 entri sekaligus ye..

Minggu lepas jumaat malam izzati pergi konsert soundtrack ippo hafiz 2017.. izzati tak ada la teruja sangat nak pergi.. tapi sebab kawan ajak dan tiket pun dah turun harga jadi izzati pun pergi la.. sebab tak pernah pergi konsert so nak ambil pengalaman sikit la.. asyik tengok kat tv je.. nak merasa pergi yang sebenar punya jugak kan.. hehe.. jakun sekejap..

Sampai kat dectar dalam kul 8.30 kot tak silap.. pastu kena tunggu pulak depan dewan tu sebab tak dibenarkan masuk lagi.. sebelum masuk tu.. kena pergi cop tiket yang kita dah beli tu.. pastu kami dapat CD.. hehe.. ingatkan tak dapat sebab tiket saat saat akhir.. dapat jugak rupanya.. bersyukur la kejap dapat CD free.. hehe..

Okay pastu kami masuk dewan duduk dekat tempat duduk belakang sebab tiket murah kan.. beberapa minit sebelum konsert nak mula.. kami diarahkan untuk penuhkan tempat duduk hadapan.. bertambah tambah teruja la sebab dapat duduk depan.. Nampak jelas sikit.. lepastu bermula la konsert.. ada beberapa artis baru yang izzati tak kenal.. hehe.. artis yang ada malam tu.. mira filzah,, wani,, wany hasrita,, syed syamim,, tajul,, dan ramai lagi.. ohh ya,, orang yang paling penting mesti la ippo hafiz kan sebab konsert soundtrack dia..

Secara keseluruhannya okay la.. Cuma kurang mendapat sambutan,, artis artis yang datang pun sporting je.. seronok.. apa yang izzati nak cakap kalau korang tak suka bunyi bising atau bunyi yang sangat kuat konsert tak sesuai untuk korang.. hehe..


Okay la sampai sini je.. jangan lupa baca entri seterusnya.. tapi tajuk dia lain la ye.. hehe

You Might Also Like

0 comments