KARNIVAL VEST DAN MALAM GALA 2017
October 20, 2017
Assalamualaikum.. bersua lagi.. hehe.. okay cerita basi yang
kedua ialah Karnival VEST dan Malam Gala.. hahaha.. yang ni adalah pada
keesokan hari selepas HSN tu iaitu pada hari ahad (15/11/2017)..
Okay.. yang Karnival VEST tu izzati tak join.. jadi izzati
tak berapa nak tahu ada aktiviti apa yang berlangsung.. yang izzati tahu ada
foodtruck dan ada artis yang datang.. artis yang izzati tahu izzue islam dan
noh hujan.. tak tahu la kalau ada artis lain yang datang.. sebab nampak kawan
kawan masukkan gambar kat media social ada yang dua ni je.. hehe..
Izzati pergi yang Malam Gala tu.. izzati pergi berempat
dengan kawan kawan.. okay kami sampai di DECTAR dalam pukul 5.30 petang untuk
ambil baju dan kupon makanan.. percuma je.. tu yang penting.. lepas tu kami ke
masjid untuk makan dan solat maghrib sebelum kami bergerak ke DECTAR semula.. dan orang tu pesan kami perlu pakai baju
yang diberi sebelum masuk ke DECTAR.. kami pun dengan redhanya sarung je la
baju tu.. padahal ada yang pakai blouse.. izzati pakai baju muslimah masa tu..
tapi ikutkan je la..
Kami masuk ke
DECTAR dalam pukul 8 malam mungkin.. tak ingat.. almaklumlah cerita basi kan..
tak ingat sangat.. hehe.. sementara tunggu Perdana Menteri sampai.. Fizo Omar
bagi sedikit talk mengenai bisnes.. sejujurnya izzati tak minat bisnes.. tapi
izzati dengar la jugak mana tahu tiba tiba terminat pulak kan.. tak lama
selepas itu Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pun sampai..
Selepas itu ada pembentangan daripada
finalis peserta VEST.. Cuma 3 buah universiti diberi peluang untuk membuat
pembentangan di hadapan PM.. antaranya UKM,, UPM,, UTP.. kesemuanya membuat
pembentangan dengan jayanya.. walaubagaimanapun UKM mendapat tempat ketiga,,
UPM kedua,, UTP johan.. lupa nak cakap tentang produk yang mereka bentangkan..
UKM(Fast2Print),, UPM(Serdang Cendol),, UTP(Solvie Pro).. pada pendapat izzati
kenapa UTP mendapat johan adalah kerana produk yang mereka bentangkan ini
adalah satu applikasi.. dari applikasi ini kita dapat manfaat dan keuntungan..
jadi mereka menang dari segi itu.. pada pandangan izzati la..
Selepas itu ada persembahan daripada
wany hasrita,, kemudian ada 5 cabutan bertuah.. hadiah hadiah yang disediakan
memang sangat la lumayan.. tempat pertama dapat motor yang kedua dapat iphone7
dan sebagai.. selepas itu majlis bersurai.. dan tak lupa nak cerita jugak..
masa PM kita keluar dari DECTAR beliau lalu di laluan yang berdekatan dengan
kami.. dan beliau lambai ke arah kami.. hehe.. jangan cemburu ye..
Sampai sini je.. bye.. assalamualaikum..
0 comments