HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2017
October 20, 2017
Assalamualaikum.. minta maaf sangat sangat lama tinggalkan
blog.. so cerita hari ni dah basi sebenarnya.. tapy nak cerita jugak.. entri
seterusnya pun cerita yang dah basi.. tapi hangpa baca ja lah.. hehe..
Minggu lepas hari sabtu (14/11/2017),, ada Hari Sukan Negara
(HSN).. jadi di padang UKM telah diadakan pelbagai aktiviti antaranya Fun
Walk,, Fun Ride,, Senamrobik & Zumba,, dan sebagainya.. oh lupa..
sepatutnya pada 13hb tu dah boleh balik sebab cuti mid sem.. tapi disebabkan
HSN ni izzati tak dapat nak balik pada hari jumaat tu.. sebab ia melibatkan
citra jadi izzati wajib pergi.. tapi izzati pergi secara sukarela bukan nya
terpaksa.. hehe..
Okay,, cerita balik pasal HSN.. memang banyak aktiviti..
tapi kebanyakan aktiviti dijalankan secara serentak jadi tak boleh nak join
semua aktiviti yang ada.. izzati join Fun Walk,, Senamrobik & Zumba.. tu
je.. hehe.. takpa okay la kan janji kita menyertai.. mehh izzati cerita sikit
pengalaman haritu..
Masa Fun Walk salah seorang kawan izzati perut dia senak.. jadi izzati teman dia jalan.. izzati
kesian kat dia tapi izzati tak jumpa BSMM untuk minta minyak angin.. jadi
izzati cuma mampu temankan dia jalan je.. Fun Walk ini kami perlu jalan
sepanjang 4.5 km.. jadi sepanjang jalan tu kami jalan berdua.. izzati cuba borak
dengan dia supaya dia boleh lupakan sikit senak perut dia tu.. tapi tak tahu
berjaya ke tak.. hehe.. walau macam mana pun kami tetap berjaya menghabiskan
Fun Walk tu dan kami bukanlah peserta yang terakhir.. itu yang penting.. hehe..
Masa Senamrobik
& Zumba pun perut dia tak elok lagi.. tapi dia buat jugak.. untuk
Senamrobik & Zumba ni mula mula pergerakan dia okay.. tapi lama lama banyak
pergerakan yang izzati tak dapat nak buat.. sebab malu depan orang ramai.. kita
ni dah la perempuan macam tak senonoh je nak buat pergerakan tu depan orang
ramai.. jadi izzati akan berdiri je kalau izzati tak dapat nak buat pergerakan
tu..
Lepastu kami
berkumpul ambil gambar dan balik ke kolej untuk makan tengah hari.. bye.. jumpa
di entri seterusnya..
0 comments